Sunday, August 21, 2011

#6 YR: Why Mizz Nina? Why!?



Gambar Hiasan

Here we go!
Dah lama tak buat youtube review. Kali ni bukan nak puji atau kutuk, hanya pendapat. Kita sepatutnya rasa sungguh bertuah dengan penglibatan artis tempatan kita yang berkolaborasi dengan artis luar. Tidak perlu diperkenalkan lagi, korang pun dah baca title entri ni, korang pasti kenal siapa Mizz Nina atau Cik Nina. Dah kahwin pun nak guna "miss" lagi ke? Hahaha! 

Lupakan hal tersebut. Baru-baru ini seperti sedia ada kebanyakkan orang tahu Mizz Nina akan berkolaborasi dengan seorang artis antarabangsa iaitu Flo Rida, si pak hitam yang sungguh kacak dan tegap!(tak tahu, baru tahu, nasiblah~) Ternyata kolaborasi itu tidak sia-sia. Lagunya ada ummmmphh-lah! Bagaimanapun sayang klip video-nya agak tidak memuaskan. Bukan sahaja pada pandangan saya, tetapi ramai orang. Kalau dulu ramai yang menganggap Mizz Nina hilangkan budaya ketimuran dalam klip video beliau bersama Colby O'Donis. Kali ini ia tidaklah seperti itu, sebaliknya ramai yang mempertikaikan kualiti klip video tersebut. 

Antara persoalan:
- Kenapa kualiti video ini tidak setanding dengan klip video antarabangsa lain, sedangkan lagu dan kolaborasi yang dilakukan sangat hebat.

- Hanya untuk pengambaran klip video yang kelihatan murah ini Mizz Nina perlu ke Miami? 

Usah bincang panjang, tengok sendiri dan anda persoalkan pula:


Pendapat aku klip video ini boleh diperbaiki lagi dengan idea yang lebih baik bersama-sama kualiti video yang lebih baik. Dalam masa sama, Mizz Nina tidak perlu menyekat kreativiti beliau dan takut akan kutukkan orang ramai. Buatlah apa yang anda rasa betul, bukan dengar cakap orang. Kalau tidak, tak kemanalah jawabnya.

p.s: Pertikai Mizz Nina sexy? Tak payah nak amek port sangat, ramai lagi artis Malaysia yang teruk. Lagu hampeh gak! 

No comments:

Sumber Tenaga Patraque