Sunday, August 21, 2011

Bukan Saya Sengaja Nak Raba.



Gambar Hiasan


Mana tak sayunya, spek mata aku yang bernilai berjuta ringgit telah tercabut dari skrunya....! (berjuta la sangat)
Aku sayang bingkai yang aku pakai sekarang. Aku suka gila cermin yang aku pakai sekarang. Aku taknak tukar bingkai dek kerana masalah skru bodoh tu! Aku tak sanggup lihat cermin yang aku pakai sekarang ini dipotong untuk dimuatkan pada bingkai yang baru.

Masalah lampau,
Masalah yang aku alami adalah bingkai aku longgar. Bila aku tanya tokey kedai spek dekat Melaka dulu, dia cakap "ini ha, skru sudah mati dalam ma. kena welding balik. mesti mau 1 minggu paling cepat". Wah! gila. Meraba-rabalah aku nak hidup seminggu. So, aku tak jadi buat. Aku biarkan. Akhirnya hayatnya tidak lama bila kaki spek aku yang sebelah kanan tertanggal terus dari bingkainya. Skru yang mati itu telah pun ghaib, meninggalkan sedikit sisa didalam lubang untuk ketatkan skru.

Aku binggung dan tak mampu tidur sampai sekarang sebab nak tunggu kedai spek mata buka. Nak baiki secepat mungkin sebelum tiba malam. Aku taknaklah rabun macam ni seharian. Aku nak drive, aku nak berjalan dan menikmati keindahan alam ni susah.

Untung,
Untungnya bila dah rabun macam ni, bila pergi bazaar ramadan nanti mesti kalau terpegang apa-apa atau teraba sesiapa aku tak boleh dipersalahkan. "Opps! Sorry, I punya spek patah pagi tadi tengah baiki. Minta maaflah terpegang apa-apa tadi" (tangan masih dipunggung mangsa) Hahaha.

Sudah! Cukup dengan gurauan itu! Apa yang paling penting adalah spek mata aku boleh digunakan kembali.
:(

p.s: Selalu dah tanya kedai spek. Jawapan, suruh tukar, hotak dia!

No comments:

Sumber Tenaga Patraque