Thursday, August 25, 2011

#7 YR: Dari Webcam Ke Iklan Komersial (MOYMOYPALABOY)


Gambar Hiasan

Hi pada abang yang hansem dan kakak yang cantik sedang baca entri.... (bodek)
Okay, entri kali ini aku akan review sebuah channel yang aku jumpa dalam youtube dan boleh menjadi inspirasi atau pendorang korang untuk berjaya.


Kenal mereka?


Pernah dengar MOYMOYPALABOY? Siapa pernah dengar diam! :P Haha... Tak kisahlah korang pernah dengar atau tidak, entri ini tetap aku ingin teruskan demi perkongsian maklumat dan informasi tanpa rasa kedekut atau tahi hidung masin.

Memula korang tengok ni dulu:


Dah tengok? Best? Mesti bestkan?

Mereka inilah Moymoypalaboy. Dua anak muda Filipina yang mempunyai kemahiran untuk synchronize-kan lagu dengan gerak geri mereka yang agak mencuit hati dan gerakkan mulut yang selari dengan lirik lagu yang mereka persembahkan. 

Bermula hanya menggunakan webcam, dorang berdua ini sebenarnya sudah lama meng-upload video di youtube. Sejak dari tahun 2007. Pencapaian mereka bukan berakhir begitu sahaja, mungkin bagi mereka pada mulanya adalah untuk seronok-seronok sahaja. Namun rakaman yang mereka lakukan menggunakan webcam itu semakin banyak dan semakin mendapat sambutan. Lantas, seperti lembu yang jatuhnya dari langit ditanah yang gersang. Perumpamaan buat sendiri tu.... Dua kanak-kanak nakal ini disunting sebuah syarikat pengiklanan dan mereka menjadi model dalam iklan tersebut. Bukan calang-calang iklan tau! Iklan Coke lagi... Siap Brrrrrrr! Haha.

 
Korang nak jadi macam dorang? Mulalah upload video korang di youtube. 

Dalam meniti kejayaan yang sangat diluar jangkaan ini, mereka pastinya pernah melalui saat yang memeritkan. Nak tahu? Haaa... Ni nak cerita, google dan cari sendiri ya. Ada kisahnya. Sebab entri ni nak review video sahaja bukan seluruh hal mereka. 

Di Malaysia ini juga sudah terdapatnya bakat yang dicungkil dari laman youtube. Contohnya, Cik Najwa Latiff, yang aku kira setakat ini memang awesome. Berjaya masuk mainstream kira okaylah tu. Berkenaan Vlogger or Youtubers Malaysia mungkin dorang juga bakal menjadi seperti Moymoypalaboy siapa tahu? So, kalau ada bakat terpendam usahlah terus dipendam bak kata taiko vlog Malaysia Si Matlutfi.

So, dah banyak aku bebel dan minta maaf sebab ambil masa korang untuk baca entri aku kali ini dengan agak lama. Sebelum aku tutup entri ini, aku tinggalkan sebuah lagi video dari Moymoypalaboy. Semoga kita terus tersenyum. YR -END-



p.s: Lately kurang idea nak update... Mungkin sibuk berpuasa dan fikir nak raya je. Yelah, rayakan dah dekat. :D


No comments:

Sumber Tenaga Patraque