Thursday, August 18, 2011

Cincin: Rosmah Mansor Ada Aku Pun Nak Juga!



Gambar Hiasan

Salam,
Baru-baru ni selepas selesai aku kerjakan terawih. Aku bersama dengan dua sahabat baik aku telah pergi ke Ampang untuk bertemu dengan seorang lagi sahabat yang tinggal disana. Urusannya hanya untuk berbual dikedai kopi sambil berkongsi pendapat serta ilmu dan pelbagai topik yang dibicarakan. Tak terlepas juga sesi kutuk mengutuk antara kami. Biasalah, kawan-kawan takkan nak layan macam awek pulak! Hahaha. 

Tiba-tiba kami didatangi seorang pemuda. Loghat pertuturannya sudah menggambarkan beliau adalah rakyat dari seberang(Tanah Jawa). Dia yang dimaksudkan adalah Yus Si Penjual Cincin. Maka Allah Yang Maha Mendengar, ternyata telah mendengar bisikkan hati aku yang dalam masa terdekat ini sibuk memikirkan untuk membeli sebentuk cincin. Impian simpan dah lama, dalam hati sahaja yang berkata-kata. Allah yang mendengar itu seolah-olah menghantar saudara dari seberang ini pada aku. 

Berbalik pada situasi tadi, aku merasa agak teruja kali ini. Memang rasa nak beli. Mana tidaknya selama ini tengok ditepi jalan orang jual tapi segan nak bertanya, masakan tak segan kalau banyak perihal cincin yang ingin ditanya. Kena pula si penjual yang kuat memekik, tahulah orang lain cincin apa aku nak beli. Hahaha! Berkenaan dengan Yus ni, dia memang pakar cincin. Aku rasa kalaulah ada Fakulti Cincin atau Pengajian Batu Cincin, memang dia dapat Anugerah Dekan setiap semester. Tak usah bertanya dia akan ceritakan perihal serba sedikit tentang cincin yang dijualnya. Inilah barulah peniaga! Inilah orangnya yang aku cari nak beli cincin. 

Perbualan berlanjutan hingga 30 minit bersama beliau berkenaan cincin dan bermacam-macam barangan pelik di nusantara ini ditunjuknya. Antaranya Duit Sukarno. Tapak tangan yang diluruskan dilapik dengan duit ini mampu memperlihatkan perlahan-lahan duit itu melengkung tanpa bantuan angin atau apa-apa. Aku saksinya. Menarikkan? Ha.... Okay! Dipendekkan cerita, aku belilah sebentuk cincin dengan dia. Alhamdulillah ada rezeki lebih bolehlah aku beli, tambah pula diberi diskaun lagi. Mungkin dia nampak minat aku untuk membeli. Tahniah-lah Yus berjaya pengaruh aku! Haha. 

Mengikut Yus, berdasarkan tarikh lahir aku seeloknya aku memakai cincin berbatu Merah Delima atau lebih dikenali sebagai Ruby. Kebetulan juga, aku pernah memperoleh cincin berwarna sebegitu pada usia aku lima tahun. Tapi sayang, aku dah hilangkan. Al-maklumlah, budak-budak lagi tak reti jaga barang. Ternyata serasi sekali bila aku kenakan cincin ini, kerana sebagai hiasan kepuasan diri sendiri aku nampak kecantikkannya. Cukuplah aku rasa puas, bukan untuk menunjuk atau apa-apa. Hanya hiasan, sepertimana Rasulullah juga memakai cincin. 

Yus juga ada berpesan cara pemakaian cincin tersebut serta meninggalkan nombor telefon beliau andai ada ketidakserasian apabila aku memakai. Inilah peniaga yang bertanggungjawab pada barang jualannya. Alhamdulillah okay sampai ke hari ini. Aku rasa aku dah berleter dengan cukup panjang lebar dalam entri kali ini, sampai bertemu lagi dalam entri yang lain. Maaf andai entri kali ini agak panjang dan membebankan kalian yang membaca. Hanya perkongsian cerita saya dalam masa terdekat ini. Tiada ulusan dalam isu-isu penting. Insya-Allah bertemu lagi.

Lebih kurang warna dan rupanya dengan cincin aku. 
Tapi bukan ikat seperti inilah, tak mampu aku. 


P/s: 
1) Rosmah Mansor pakai lagi mahal dari aku, takpelah janji aku ada juga. Murah-murah pun cantik juga! :D
2) Suka hati aku je letak ROSMAH MANSOR, macam kawan aku je. Eh?! Lantaklah.... Manusia juga... Manssor nama bapak aku jugak! Lalala~

3 comments:

atiqah amran said...

haha..hbat tuh..dia pon ade cincin jgkkkk...^^

Takashi Manganji said...

hahahaha*tumpang gelak je

Pena Derhaka said...

@CAA: LOL! mstilah nak jugak... barulah raya tahun ni....
@TM: mekaseh gelak.. .:D

Sumber Tenaga Patraque