Monday, January 31, 2011

Media, Berpolitik Tatkala Bencana (Banjir Selatan Tanah Air)

Alhamdulillah.... Itu tanda kesyukuran bagi apa yang telah terjadi. Sebentar tadi aku baru sahaja mendapat message dalam inbox Facebook aku yang memberitahu tentang tersiarnya berita banjir di Segamat, Johor dalam buletin 1.30 (TV3).

Namun perkara banjir di Segamat ini hanya di highlightkan setelah rakan yang mana orang yang sama menghantar message ke inbox aku tu memhantar e-mail berkenaan banjir yang amat teruk di Segamat kepada bilik berita TV3. Rakan aku ni pula bukan hantar sebab nak bercerita kosong pasal tempat dia sahaja. Ini kerana laporan banjir hanya dilaporankan dengan sangat hebat dan maha popular di Tenang sahaja.
Beb! Tahulah BN baru menang dekat sana. 
Media berpolitik jugak ke dalam keadaan bencana alam macam ni? Sedangkan dekat Segamat tu lebih kritikal dari Tenang. Tak perlulah menjerit tentang benda yang tak seberapa. Sedangkan ada yang lebih teruk korang tak nampak.

Masalah terputus hubungan, bekalan makanan dan bekalan air bersih. Lebih baik beratkan yang mana lebih penting. Jangan fikir pasal dacing dan bulan sahaja, yang menang lantaklah menang. Yang sengsara berilah perhatian. Media tak boleh seperti pahat dan penukul, diketuk gerak kalau tak memang tak gerak. Media sepatutnya tunjang maklumat utama. Bukan rakyat bersuara baru nak sibuk hantar reporter.

p.s: Bukan Segamat je kena buat laporan, banyak lagi tempat. Tenang tu selit sikit-sikit dah la. Berikut adalah sisipan gambar yang membantu korang menggambarkan lagi macam mana dahsyatnya banjir di Segamat.








*gambar ehsan Raihan Rahman






2 comments:

amirulhasriq said...

teruk wehhhh . :(

Pena Derhaka said...

itulah...
sgt....
banjir paling buruk....
tapi liputan cam xde pape je jd...

Sumber Tenaga Patraque