Saturday, December 18, 2010

Gusar dan Risau

Gusar dan risau? Bukan benda sama ke? Entahlah, tak pasti. Yang pasti semalam aku sangat risau dan gusar(terbalikkan ayat, tak tahu mana satu yang betul). Berlari sana sini mencari rakan andai dapat bantu aku. Ditengah kegelapan malam, tatkala semua manusia sedang tidur. Namun masih ada yang dapat membantu aku lagi. RISAU GILA! Aku risau gila kalau aku terlepas perlawanan antara Arsenal(peberet ni) dgn Barcelona!

Malu weh~

Maksud aku berlari tadi tu takde la sampai keluar rumah, aku cari kawan-kawan dekat facebook je. Bukan malam lagi dah dah pukul 3 pagi, tinggal berapa ketul je yang berjaga. Bukan semua minat bola, yang minat main bola poket ramailah(sorry)... Ini semua angkara facebook, diorang bantai update status lebih kurang camni "Arsenal-Barca". Macam sial! Aku ingat malam ni. Sebab dah lama aku dengar desas desus Gunners akan jumpa pasukan gergasi sepanyol(Messi pendek je) ni.

-Pendekkan Cerita-

Rupa-rupanya TAHUN DEPAN. Apa ke B***~
Nak kata ketinggalan zaman.... Hurmm... Tak jugak... Sebab tahu dorang ni bakal bertemu...
Mungkin sebab salah faham dalam maklumat. Impuls tak sampai dekat kepala otak aku ni dengan sempurna. Hahaha!

Dahlah! Aku malu~
Lainkali korang jangan update status macam tu boleh tak? pokemon btol~!

p/s: Gusar dan Risau atau Risau dan Gusar. Mana satu ni??? Argh......!!!

No comments:

Sumber Tenaga Patraque