Tuesday, December 28, 2010

Menjelang Pertembungan Final Ke-2

Banyak teka-teki dan banyak juga yang menjangkakan pasukan Malaysia bakal bermain demi mempertahankan jaringan 3-0 baru-baru ini di Bukit Jalil. Namun jelas Indonesia bukan lawan mudah, Di Stadium Gelora Bung Karno skrip pertembungan serta drama permainan pasti berubah. Tiada apa yang pasti selain dari usaha dan tenaga yang ditagih daripada setiap orang pemain.

Adakah Malaysia bakal menjaringkan gol ditempat lawan?

  • Ini ada perlu untuk kedudukan yang lebih selesa dan kemenangan muthlak.
  • Dapat memberi lebih tekanan pada pasukan tuan rumah kerana perlu lebih berusaha keras lagi.
  • 1 jaringan dari pasukan negara sudah memadai andai ingin menang malam ini, seterusnya mempertahankan kubu dan mencari peluang andai terbuka.
Apakah mampu Indonesia mengatasi jaringan gol Malaysia?
  • Perkara ini tak mustahil kerana mereka sudah ada target, dan percaturan dari saat gol pertama hingga ke-4 mampu dibina. Dan pada masa itu bergantung pada anak buah K. Rajagobal untuk menangkis serangan.
  • Mereka ditempat sendiri, dan sudah ditiupkan semangat oleh seluruh rakyat Indonesia dua hari sebelum perlawanan.
  • Rekod mereka mengalahkan kita 5-1 pada pusingan awal itu membentuk lagi kecekalan mereka.
  • Sudah mereka seru ayat ini "Belum Usai Lagi", bermakna belum selesai lagi. Ini cukup menunjukkan mereka mampu.

BOLA ITU BULAT!!!

Untuk skuad Harimau Malaya.
Fokus!
Fokus!
Fokus!

90 Minit adalah perjalanan yang masih jauh.

P.s: Macam mana pun aku yakin Malaysia pasti menang. Andai kita diserang kali ini, biarlah bermain spt di Vietnam. Dan aku dapat rasakan corak spt itu mlm ni. Tp apa yg diharapkan adalah permainan yang seimbang dan menghiburkan bkn spt di Vietnam.

2 comments:

dabuldahi said...

tapi malam ni ada awek seksi nak kacau camna?? wuwuwu.. akotnyaaa

PATRAQUE said...

takdanya...
puting dia takkan kuar laser~

Sumber Tenaga Patraque