Saturday, December 18, 2010

Kalau Kalah Macam Mana?


Takkan lah kalah kut......
Mustahil, kita dah leading 2-0....

Ni lah rata-rata apa yang orang Tanah Melayu ni dok cakap pasal pertembungan Malaysia dengan Vietnam.
Aku ni sementara nak tunggu game buatlah satu entri pasal perlawanan nanti. Nanti korang cakap aku langsung tak cerita pasal sukan tanah air. Tapi ni bukan entri "terpaksa" yerrrrrrrrr.... Ikhlas aku tulis ni (sambil membuntangkan mata penuh sinar).....

Korang rasa boleh menang?
Aku rasa boleh... Sebiji lagi cukuplah, diam la orang Vietnam semua....

-Zoom In- (Aku malas nak cerita panjang, nak cepat)

Percaya tak korang? Kalau Malaysia menang/kalah laporan surat khabar mesti macam haram.

Berikut kebarangkalian tajuk yang bakal diterbitkan:
  1. Wira Malaysia Ke Pusingan Akhir (ini sebab menang)
  2. Malaysia Gagah Ke Pusingan Akhir (menang)
  3. Presiden FAM Beri Pujian Pada Pasukan Malaysia (sebab menang jugak)
  4. Harimau Malaya Mengaum Di Phnom Penh (ini paling kurang ajar!)
Kalau Kalah:
  1. Harimau Hilang Belang (cam B***)
  2. Presiden FAM perlu letak jawatan (ko nak kena makan daulat?)
  3. FAM perlu dirombak (nak rombak apa entah, dari dulu lagi nak rombak)
  4. Rajagopal 50:50 (nak pecatlah tuuuu)
  5. Rajagopal kecewa aksi anak buah (tetibe je xpuas hati)
  6. Rakyat Malaysia Kecewa (dah selalu kecewa)

Kalau nak ikutkan, laporan kekalahan lagi best nak tulis dari menang. Banyak je tajuk yang boleh dorang buat(yang atas ni aku buat/jangka).... Hahahaha~

Apa-apapun, semoga kita menang di Phnom Penh! Malaysia Boleh!

p/s: Kalau kalah kita tengok sama-sama muka depan esok. :)

2 comments:

dabuldahi said...

releven kata2 kata hang tu!
hensem!

orang melayu memang berperangai macam ni.

tu kira ok la bila menang dia puji,,

kalau masuk dalam situasi ni


" menang pun kutuk, kalah pun kutuk"


macam mana?
haihhh

PATRAQUE said...

itu bapak aku...
die memang sokong team lain kalo malaysia main..
mmg jgn harap la nak sokong Malaysia...
adakah aku menonton bola bersamanya dirumah?

jawapan: tidak!

Sumber Tenaga Patraque