Monday, December 27, 2010

Astro dan 3D


Rumah aku dulunya ada Astro, semenjak aku duduk dekat kampus memanjang. Bapak aku dah malas dan tak kuasa nak bayar Astro. Dan dah kena potong pun, aku yang balik semasa cuti ni memang takde apa yang aku tonton selain dari laptop kesayangan aku nie. 

Dah dekat nak habis cuti ni masih lagi tak bayar Astro-nye. Aku pun dah jadi tak kisah sangatlah dengan TV ni. Lately mak aku asyik duk tanya aku bila la nak pasang Astro balik. Ternyata mak aku seorang yang minat tengok TV, suri rumah sepenuh masa apa je yang boleh buat dekat rumah kalau semuanya dah siap. Tengok TV la!

Hari ke hari, dan hari ni aku dah tak tahu apa nak jawab. Mak cakap dia dah pening tengok TV kabur pakai arial(tak tahu nak eja) murah. 

Dan jawapan aku sekarang untuk soalan tu adalah...........

JAWAPAN:

Mak anggap je la TV tu kabur sebab Abah dah upgrade TV tu jadi 3D. 
Kalau Mak takde spek 3D tu memang tak nampaklah. 

p.s: Terfikir lak, kalau guna spek 3D tetiba betul-betul jadi cam mana? Macam nak cuba lak~ 
Hahaha.

2 comments:

Anonymous said...

mane leh jadi 3d, sebab tv 3d memaparkan dua image sekali jadi sebab tu dia kabur.

hahahahaha

PATRAQUE said...

datang rumah aku, nnt tahu nape...
ahahahaha

Sumber Tenaga Patraque