Saturday, December 11, 2010

Perpisahan Yang Diatur.

Dua kali, dah merasa. Kali ini nak masuk yang ketiga. Pencapaian perpisahan yang aku terpaksa terima. Bukan perpisahan yang melibatkan sang jantan dan betina. Kali ini lebih mirip kepada persahabatan yang punya pertalian umpama bersaudara. Sedar tidak sedar, usia sudah semakin menjangkau masanya. Dan kini perpisahan lagi yang aku perlu hadapi. Sedih. Berapa banyak kali perlu sedih.

1. Yang Pertama, perpisahan tatkala aku mengakhiri PLKN.
Air mata berlinang macam anak kecil kehilangan ibu dekat tengah-tengah medan perang. Malas nak ulas, aku rasa kalian pun boleh faham macam mana keadaannya andai ditambah pula macam drama hindustan si sahabat mengejar bas tatkala berlalu pergi.

2. Yang Kedua, perpisahan demi melabuhkan tirai pengajian di UiTM.
Perpisahan yang aku cuba tahan air mata ini dari menitis. Entah malaun mana boleh dakap dan paksa aku menangis. Jujur aku katakan, memang aku menangis, dan aku cuba untuk menangis didalam. Tapi entah macam mana. Perhubungan yang akrab, hanya hati saja mampu menilai sejauhmana aku akan terus menangis. Dan masih mekar mereka yang ada dalam buah fikiran aku, segalanya indah kerna duka itu telah hilang sudah diselaputi olehnya.
*tak sangka aku dah graduate.. Hahaha!

3. Yang Ketiga dan yang juga bakal mengundang air mata, Sahabat karib semenjak zaman persekolahan bakal berpindah.
Si dia ini lah juga tempat meminta pertolongan (berkenaan komputer), dia ini lah juga kenderaan kesana kemari masa lepas SPM, dia inilah juga yang supplier Anime, dan dia inilah juga teman berjogging. Senang nak cakap, kalau kalian ada sahabat karib pasti kalian tahu apa tugasnya. Macam-macam kan? So, pemergiaan dia ini aku harap tidak berkehendakkan air mata lagi. Perlukah setiap perpisahan yang aku alami berakhir dengan tangisan?

Konklusinya,
Aku tidak sanggup menangis lagi kerana ia bakal melibatkan aku dalam keadaan sedih. Terperangkap dalam kesedihan hingga berhari-hari. Aku menangis hingga pening dan tertidur dan bangun untuk menangis lagi. Lemahnya aku sebagai seorang lelaki... Tetapi itulah aku, manusia normal yang punya perasaan. Persoalannya, berapa cubic air mata yang ditagih lagi? Mengapa perlunya perpisahan. Jadi teorinya begini, semua perpisahan ini telah diatur. Segala ketentuan-Nya pasti ada kebaikan dan perkara yang tersirat.

"Segala yang didunia ini tiada yang bersifat kebetulan kerna segalanya sudah dirancang..."

WASSALAM.

Dedicated To My Beloved Friend, Gul Halim.

No comments:

Sumber Tenaga Patraque