Monday, December 27, 2010

#4 YR: Miliki BMW Mottorad Dan Jadi Pemuzik Terkenal

Aku nak dapatkan sebiji BMW Mottorad! Tak kisahlah, yang untuk urban ke sport ke high performances ke enduro ke dan apa-apa je yang diklasifikasikan oleh BMW Mottorad. Yang penting aku nak sebiji! Pecut dari Kelantan terus Johor. 1 Hari sampai. Muka masa tu dah bole angkat tinggi sikit, awek-awek sume nak tengok siapalah dalam helmet tinted tu, dan biasanya muka orang tua.*tapi awek mude babi! Muka orang muda macam aku ni manalah nak ada sangat menda macam ni. Hahaha!

Sedar tak sedar lepas ni kalau korang ada sebiji benda ni dengan geng-geng mat rempit kelas atasan korang. Korang dah mampu buat band sendiri. Berasaskan motorsikal kuasa besar ni pun dah cukup boleh ganti banyak instrument muzik. Sebab tu lah aku bercita-cita nak ada sebiji motorsikal ni. Sebabnye, aku satu alat muzik pun tak reti main. *bukan bodoh sangat tp malas, leceh la!

Membebel banyak kan aku sekarang ni?
Korang tengoklah ni:



Sekarang korang faham kan apa yang aku maksudkan? Hahaha. Cool right? *lebih cool kalau aku yang duduk atas motor tu, poyo dowh!

Dan sekarang aku dah boleh nampak dah ada orang yang mampu tandingin Mike Tompkin yang sebelum ni aku pernah tulis dekat blog ni (sila tekan link untuk tahu lebih lanjut). Memang ada potensi, tapi nak ke diorang teruskan lagi buat benda-benda macam ni? Atau bersempena Krismas je? Hurrmm.. (Sedih..)

Tapi kalau diorang buat konsert pun best jugak... *beranganlah kau!

Apa-apa pun aku harap korang sume puas hati dengan review kali ni setelah sekian lama aku tak buat review. So nantikan lagi video-video viral (ni tak viral sangat) untuk aku pampangkan kat muka korang pada masa dan waktu yang aku tak tetapkan lagi. Korang tunggu jelah. Sebelum blah, aku tinggalkan untuk korang link BMW's Channel(tekan link ni taw!). Mana tahu korang nak tengok-tengok lagi video hebat dorang. *sumpah best, update! update!

p.s: Kalaulah aku boleh bawa girlfriend aku naik BMW Mottorad ni. Mesti dia suka. Hmmm (berangan, sambil mata pandang keatas). Kali ni nak upload gambar yang dekat atas tu pun lama, mungkin berat dan sama berat dengan motor tu. Hahahaha!

No comments:

Sumber Tenaga Patraque