Sunday, December 26, 2010

Harimau Malaya Lompat Lalu Membaham Garuda. Auum!


Dah menang tadi i sexy taw posing... Auww!(Auum)

Alhamdulillah... Alhamdulillah... Alhamdulillah...

Segala yang dimpikan oleh rakyat Malaysia kini dikabulkan juga oleh-Nya. Segala usaha belum lagi terbayar. Stadium Gelora Bung Karno bakal menjadi titik tolak penentu keseluruhan kejohanan ini. Aku ni boleh kata legalah sebab tadi menang 3-0 *macam tak cukup je. Berbekalkan apa yang ada sekarang memanglah kita bolah kata lega. Tapi perhitungan perlu diimbau apa yang berlaku 3 minggu lalu. 5-1 dol! Bukan angka kecil, ko ingat dorang tak mampu ke nak buat macam tu. Apa rahsia kita dah terbongkar hari ni, ko tengok la coach Indonesia tu mesti bagai nak gila fikir macam mana nak anu-kan pasukan dia bagi dapat macam hari tu. Rajagobal lak kena fikirkan penambah baikkan apa untuk anak buah dia. 


Banyak-banyak aku suka tengok kalau anak hindu ni (Kuna) bawa bola, dah la laju ada je benda dia nak buat. Mak aih, ane ni tak reti duk diam aku tengok. Ada je dia ni, agaknya masa dia kecik dulu minum susu lembu segar banyak kut sampai boleh jadi macam tu. Hahaha. Salute gak pada pemain si mamat yang menyarung jersi no. 9. *Shahrul ni main semangat sangat, ada apa-apa ke jadi malam pertama? Even dia baru je melansungkan perkahwinan dia pada sabtu lepas, Ahad ada juga main. Bagus! Komitmen dan Tanggungjawab ditadbir selia dengan baik.
Apa-apa pun tahniah untuk skuad Harimau Malaya. 

Ingatan:
  • 3-0 tidak cukup lagi sebenarnya. *bola itu bulat
  • Kita bermain ditempat lawan, stadium keramat bagi rakyat indonesia. *bertahan cam dgn vietnam dh ok
  • Bambang hanya dimasukkan pada minit-minit akhir.
  • Tekanan untuk pemain Malaysia pasti yang lebih. *tempat orang, ko buat relax je derrr
  • Indonesia pasti menganalisis permainan kita hari ini. *kena fokus
  • Teruskan berdoa pada-Nya. *semuanya berbalik pada dia jugak
  • Terus bercerita tentang bola sepak Malaysia, supaya semangat dan sokongan kita sampai pada media seterusnya pada pemain-pemain. *kat kedai kopi pun okay maaa
p.s: Sekarang ni, menjawablah media indonesia. Kenyataan spt "Malaysia Lawan Mudah" terpalit pada mereka sendiri. Pastikan korang tgk apa yang akan ditulis oleh reporter indonesia lepas ni. Masih nak mendabik dada? Sedangkan rakyatnya biasa shj tanpa berlagak pun. *apa-apa pun kita serumpun

2 comments:

Firdaus Kasim said...

jelas indonesia gugup apabila bertandang ke stdm bukit jalil sehinggakan kegugupan mereka terserlah apabila mereka enggan ditemubual wartawan! haha

PATRAQUE said...

ahahaha....
dowg x biasa pdang mahal cam b.jalil...
:P

Sumber Tenaga Patraque